INFO TERKINI

8/11/2014 - 22/11/2014 - Kini berlangsungnya Kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari

10/10/2014 - Kini berlangsungnya perlawanan Piala Raja Muda Edisi ke-27

23/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SJKC/SJKT dan SMK di SMK Seksyen 11

22/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SK di SMK Seksyen 11

Kongsikan laman web atau blog HEM Tuan/Puan sebagai pautan blog ini. Sila tinggalkan alamat url pada ruangan komen.

28 Julai 2011

Surat: Perlaksanaan RMT Pada Bulan Ramadhan

Perhatian

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah
PPD Petaling Perdana

Tuan,

PELAKSANAAN RMT PADA BULAN RAMADHAN (PUASA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ditangguhkan buat sementara waktu pada bulan Ramadhan (Puasa) tahun 2011 bagi murid-murid yang BERAGAMA ISLAM SAHAJA bagi semua sekolah SK, SJKC dan SJKT yang menerima bantuan RMT.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap dapat mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada pihak pengusaha RMT sekolah tuan.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Tuan Ahmad Normi Tuan Mat.


Sekian, terima kasih.


TUAN AHMAD NORMI BIN TUAN MAT
PENYELIA HEM
PPD PETALING PERDANA

0 Komen:

Upload Data SSDM