INFO TERKINI

8/11/2014 - 22/11/2014 - Kini berlangsungnya Kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari

10/10/2014 - Kini berlangsungnya perlawanan Piala Raja Muda Edisi ke-27

23/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SJKC/SJKT dan SMK di SMK Seksyen 11

22/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SK di SMK Seksyen 11

Kongsikan laman web atau blog HEM Tuan/Puan sebagai pautan blog ini. Sila tinggalkan alamat url pada ruangan komen.

21 September 2013

PSKPP PETALING PERDANA 2013

0 Komen

keputusan terkini pskpp senior

- p.perdana 0 vs 2 klang
- p.perdana 1 vs 1 p.utama

gambar : perlawanan terakhir kumpulan di mana petaling perdana menentang tuan rumah iaitu sabak bernam..

Semoga mendapat kejayaan..




23 Januari 2013

Taklimat Guru Data SMM bagi SMK, SJKC dan SJKT

0 Komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Hari ini taklimat Sistem Maklumat Murid bagi Sekolah Menengah, SJK(C) dan SJK(T) yg berlangsung di SMK Seksyen 11.

Pengisan dan maklumat yang disampaikan adalah sama seperti semalam untuk Sekolah Kebangsaan cuma ada penambahan dari segi pengumpulan data bagi pelajar Tingkatan 1. 

Di harap dengan taklimat ini guru-guru data akan lebih jelas dan dapat menyampaikan maklumat kepada guru-guru dan pentadbir bila balik ke sekolah.

-Tn.Ahmad Normi Tuan Mad-
Penyelia HEM PPDPP

22 Januari 2013

Taklimat bersama Guru Data SK berkenaan SMM 2013

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini semua guru data di bawah PPD Petaling Perdana berkumpul di SMK Seksyen 11 untuk taklimat berkenaan SMM bagi tahun 2013

selain dari taklimat, guru-guru data juga diberi pencerahan tentang penggunaan SMM merangkumi penggunaan sistem, import dan export data dan maklumat penghantaran.

Syabas kepada semua sekolah yang menghantar guru-guru data SMM. Di harap perjalanan SMM berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada SMK Seksyen 11 Shah Alam kerana menyediakan tempat untuk guru-guru data berkumpul.




18 Januari 2013

Makluman Penting!

0 Komen

Makluman Pertama

1. Bengkel Sistem maklumat murid (SMM) bagi Sekolah menengah pada 23 Januari 2013 jam 9.00 pagi tempat SMK Seksyen 11

2. Bengkel Sistem maklumat murid (SMM) bagi SJK C dan SJKT pada 23 Januari 2013 jam 9.00 pagi tempat SMK Seksyen 11

3. Bengkel Sistem Maklumat Murid (SMM) bagi SK pada 22 Januari 2013 jam 9.00 pagi tempat SMK Seksyen 11

Sila bawa bersama : Komputer riba kegunaan SMM Sekolah masing - masing, wayar penyambung, "pendrive", dan "broadband".

Makluman kedua

Mohon pihak sekolah mula memproses permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai sekarang. Ini untuk memudahkan pihak sekolah jika maklumat diperlukan dengan segera.

Makluman Ketiga

Peringatan kepada semua sekolah :

Sila patuhi Garisan Panduan Agihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 yang telah ditetapkan.

Agihan Buku Teks 2013

0 Komen

1. Agihan Dalaman Buku Teks SPBT bagi sekolah menengah 18 Januari 2013

Semua sekolah dipohon membawa terus buku teks ke stor pusat daerah untuk di "lelong" kepada sekolah yang memerlukan.

2. Agihan dalaman buku teks SPBT bagi sekolah rendah pada 22 Januari 2013

Semua sekolah dipohon membawa terus buku teks ke stor pusat daerah untuk di "lelong" kepada sekolah yang memerlukan.

Tuan Ahmad Normi Tuan Mat
Penyelia HEM PPDPP

17 Januari 2013

Selamat Datang 2013

0 Komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2013 telah membuka tirainya dan pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dalam tahun ini. Begitu juga dengan blog Hem PPD Petaling Perdana.

Blog ini akan ditransformasikan dari asalnya hanyalah untuk Unit Hem dan kini menjadi Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan (SPK) Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Semua aktiviti di bawah unit SPK akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Upload Data SSDM