INFO TERKINI

8/11/2014 - 22/11/2014 - Kini berlangsungnya Kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari

10/10/2014 - Kini berlangsungnya perlawanan Piala Raja Muda Edisi ke-27

23/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SJKC/SJKT dan SMK di SMK Seksyen 11

22/1/2013 - Taklimat guru-guru data SMM SK di SMK Seksyen 11

Kongsikan laman web atau blog HEM Tuan/Puan sebagai pautan blog ini. Sila tinggalkan alamat url pada ruangan komen.

23 September 2011

Program Pre-council Jati Diri Peringkat Negeri Selangor

0 Komen
Program Pre-council Jati Diri Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Rakan Muda Puchong pada 21/9/2011 dan juga 22/9/2011. Di mana pada hari pertama adalah untuk pelajar perempuan manakala pada hari kedua untuk pelajar lelaki.

Dua daerah bergabung iaitu dari Daerah PPD Petaling Perdana dan juga Daerah PPD Klang. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar yang terlibat. Fasilitator terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah dalam daerah PPD Petaling Perdana.

Terima kasih kepada pegawai dari JPN selangor iaitu En. Mohd Khaidir Abdullah, En. Anuar serta pegawai kemanusiaan(HEM) PPDPP En. Kamal Azizi, Tuan Ahmad Normi Penyelia Hem PPD Petaling Perdana dan pegawai PPDa dan Displin PPD Klang.

Diharap program seperti ini akan diteruskan di masa hadapan. Syabas!

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung

21 September 2011

Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan

0 Komen
Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan untuk Murid kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama

Taklimat ini diadakan di MSU pada 19 September 2011 di mana semua pengetua dan guru besar dalam daerah PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling utama bergabung dalam taklmat ini.

Atucara Majlis
  • Taklimat berkenaan Ganguan Seksual oleh En. Yaacob Bin Md Napiah dr bhgn kaunseling PPD Petaling Perdana
  • Pengenalan tentang MSU / Lawatan dalaman
  • Takilmat Pengurusan Biasiswa oleh En. Darul Irwan Bin Dato Haji Dangiran - Penolong Pengarah Bidang Tajaan (Biasiswa) JPN Selangor
  • Taklimat Pengurusan Kesihatan oleh En. Shahidan Bin Said - Penyelia Kanan Kesihatan HEM JPN Selangor
Di harap semua Pengetua dan Guru Besar dapat maklumat yang tepat sepertimana yang telah disampaikan oleh penceramah.

Koleksi gambar sepanjang taklimat dijalankan


09 September 2011

Mesyuarat Pre-Council Jati Diri Peringkat Negeri

0 Komen
Mesyuarat Pre-council Jati Diri peringkat negeri telah diadakan pada 9 september 2011 yang berlangsung di bilik mesyuarat ppd petaling perdana. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Normi (penyelia Hem). Terima kasih kepada semua kaunselor-kaunselor yang sudi hadir

05 September 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

0 Komen





Upload Data SSDM