INFO TERKINI
08 November 2011
Senarai Penghantaran Data SSDM Fasa 2 2011
Proses penggabungan data SSDM bagi peringkat PPD Petaling Perdana telah selesai dilakukan dan data telah dihantar ke JPS untuk tindakan seterusnya. Berikut adalah senarai sekolah yang telah menghantar data SSDM sehingga 8 November 2011. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
Terdapat pihat sekolah yang menghantar CD/disket rosak (shortcut/data "0"/tiada data .txt dll). Kepada pihak sekolah yang masih gagal menghantar data diharap bertindak dengan segera. Sila kemukakan surat tunjuk sebab atas kegagalan pihak tuan untuk menyerahkan data mengikut masa yang telah ditetapkan. Harap maklum.

04 November 2011
Futsal Peringkat Negeri Kelab Pencegahan Jenayah
Kelab Pencegahan Jenayah JPS telah mengadakan pertandingan futsal yang dipengerusikan oleh Daerah Petaling Perdana. Pertandingan ini berlangsung pada 31/10/2011 di Sport Planet Seksyen 16 Shah Alam
Tahniah kepada Daerah Klang kerana menjuarai edisi kali ini manakala tempat kedua dari daerah Kuala Selangor. Para pemain menunjukkan permainan yang amat menakjubkan dan sikap "fair-play" yang tinggi. Syabas!
Diharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan
27 Oktober 2011
SEGERA - DATA SSDM FASA 2 (JUN-OKTOBER 2011)
Kepada sekolah yang masih belum menghantar data SSDM fasa 2 (Jun-Oktober 2011), sila hantar dengan kadar segera sama ada melalui cara biasa (disket atau cd beserta surat iringan) atau dengan mengemelkan ke alamat emel ssdmppdpp@gmail.com. Diingatkn hanya hantar 4 fail txt (kes.txt, sekolah.txt, master.txt dan peribadi.txt). Elak hantar shortcut atau copy fail ssdm ke cd atau cd kosong. Harap maklum
23 September 2011
Program Pre-council Jati Diri Peringkat Negeri Selangor
Program Pre-council Jati Diri Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor
Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Rakan Muda Puchong pada 21/9/2011 dan juga 22/9/2011. Di mana pada hari pertama adalah untuk pelajar perempuan manakala pada hari kedua untuk pelajar lelaki.
Dua daerah bergabung iaitu dari Daerah PPD Petaling Perdana dan juga Daerah PPD Klang. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar yang terlibat. Fasilitator terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah dalam daerah PPD Petaling Perdana.
Terima kasih kepada pegawai dari JPN selangor iaitu En. Mohd Khaidir Abdullah, En. Anuar serta pegawai kemanusiaan(HEM) PPDPP En. Kamal Azizi, Tuan Ahmad Normi Penyelia Hem PPD Petaling Perdana dan pegawai PPDa dan Displin PPD Klang.
Diharap program seperti ini akan diteruskan di masa hadapan. Syabas!
Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung

21 September 2011
Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan
Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan untuk Murid kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama
Taklimat ini diadakan di MSU pada 19 September 2011 di mana semua pengetua dan guru besar dalam daerah PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling utama bergabung dalam taklmat ini.
Atucara Majlis
- Taklimat berkenaan Ganguan Seksual oleh En. Yaacob Bin Md Napiah dr bhgn kaunseling PPD Petaling Perdana
- Pengenalan tentang MSU / Lawatan dalaman
- Takilmat Pengurusan Biasiswa oleh En. Darul Irwan Bin Dato Haji Dangiran - Penolong Pengarah Bidang Tajaan (Biasiswa) JPN Selangor
- Taklimat Pengurusan Kesihatan oleh En. Shahidan Bin Said - Penyelia Kanan Kesihatan HEM JPN Selangor
Di harap semua Pengetua dan Guru Besar dapat maklumat yang tepat sepertimana yang telah disampaikan oleh penceramah.
Koleksi gambar sepanjang taklimat dijalankan
09 September 2011
Mesyuarat Pre-Council Jati Diri Peringkat Negeri
Mesyuarat Pre-council Jati Diri peringkat negeri telah diadakan pada 9 september 2011 yang berlangsung di bilik mesyuarat ppd petaling perdana. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Normi (penyelia Hem). Terima kasih kepada semua kaunselor-kaunselor yang sudi hadir
05 September 2011
26 Ogos 2011
Borang Pengurusan Disiplin [BPD]
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Sila muat turun Borang Pengurusan Disiplin Sekolah pada ruangan muat turun HEM
Tarikh Penghantaran adalah pada 19 September 2011 ke alamat emel bpddatappdperdana@gmail.com
Harap Maklum..
22 Ogos 2011
Permohonan KWAPM 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sila ambil perhatian:
1. Permohonan KWAPM bagi tahun 2012 hendaklah menggunakan borang baru.
2. Borang rumusan hendaklah dihantar ke PPD melalui email kwapmperdana@gmail.com
3. Surat iringan sekolah serta hardcopy hendaklah dihantar oleh sekolah ke PPD
4. Borang Rumusan KWAPM 2012 hendaklah dihantar dalam bentuk cd ke PPD dan email
5. Tarikh Akhir permohonan adalah pada 15 September 2011

Sila download semua maklumat (borang, prosuder, spi) berkenaan dengan KWAMP 2012 di sini.
Cara utk muat turun :
- klik pada Download Maklumat Kwapm 2012 atau KWAPM 2012 pada ruangan muat turun HEM
- anda akan di bawa ke laman web 4shared.com
- klik pada muat turun (download)
- SILA TUNGGU SEHINGGA 20 SAAT. JANGAN tekan "Klik disini".
- Klik "Muat turun fail sekarang"
Harap maklum. Terima Kasih
08 Ogos 2011
Program Susu 1 Malaysia
KEPADA SEMUA SEKOLAH RENDAH YANG MENERIMA BANTUAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
SEKIRANYA SEHINGGA TARIKH 8 OGOS 2011, SEKOLAH TUAN MASIH TERDAPAT BEKALAN SUSU 1MALAYSIA YANG TELAH DIHANTAR OLEH PIHAK PEMBEKAL, MOHON MAKLUMKAN DENGAN SEGERA KEPADA PENYELIA HAL EHWAL MURID DENGAN SEGERA BAGI TUJUAN SEMAKAN. SILA HUBUNGI PENYELIA HEM SEBELUM ATAU PADA 10 OGOS 2011.
SEKIAN TERIMA KASIH.

01 Ogos 2011
Peralatan Warden Trafik
Perhatian
Kepada semua sekolah di bawah pentadbiran PPD Petaling Perdana.
Mana-mana sekolah yang memerlukan peralatan Warden Trafik Sekolah sila beri maklumbalas kepada Penyelia Hem melalui hemppdperdana@gmail.com dengan kadar segera.
Sila nyatakan:
- Kod Sekolah
- Nama Sekolah
- Alamat Sekolah
- No. Tel Sekolah
- Senarai Peralatan yang diperlukan
Terima Kasih
28 Julai 2011
Surat: Perlaksanaan RMT Pada Bulan Ramadhan
Perhatian
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah
PPD Petaling Perdana
Tuan,
PELAKSANAAN RMT PADA BULAN RAMADHAN (PUASA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ditangguhkan buat sementara waktu pada bulan Ramadhan (Puasa) tahun 2011 bagi murid-murid yang BERAGAMA ISLAM SAHAJA bagi semua sekolah SK, SJKC dan SJKT yang menerima bantuan RMT.
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap dapat mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada pihak pengusaha RMT sekolah tuan.
Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Tuan Ahmad Normi Tuan Mat.
Sekian, terima kasih.
TUAN AHMAD NORMI BIN TUAN MAT
PENYELIA HEM
PPD PETALING PERDANA
15 Julai 2011
Perhatian: Guru Disiplin dan Guru Biasiswa
Untuk Pengetahuan :
1) Bagi Guru Disiplin
Tuan / Puan diminta untuk muatturun Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan SOP. Sila klik di sini
2)Bagi Guru Biasiswa :
2)Bagi Guru Biasiswa :
Mohon baca dua maklumat yang di beri
1. Cicir BKP BKPU
2. Maklumat Murid cicir BKP
Sila ambil tindakan segera
PENGUMUMAN PENTING :
TARIKH PERMOHONAN BKPU SECARA ATAS TALIAN TELAH DITUNDA KEPADA 24 HINGGA 30 JULAI 2011
TARIKH SEMAKAN DATA MURID YANG LAYAK MEMOHON BKPU SECARA ATAS TALIAN PULA DITUNDA KEPADA
17 HINGGA 23 JULAI 2011.
Permohonan BKPU secara atas talian boleh dibuat melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/biasiswa
Sila pastikan permohonan dibuat menggunakan alamat sekolah yang betul.

30 Jun 2011
Larian 1M 1S 1M
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Program 1M 1S 1M dikira sebagai hari persekolahan. sehubungan itu, tuan diminta utk mengambil kedatangan murid pada hari berkenaan. persekolahan adalah wajib dan cuti gantian boleh dipohon . t kasih
29 Jun 2011
Maklumat Asas Sekolah Tahun 1 2012
TINDAKAN SEGERA!
Makluman kepada semua GPK HEM Sekolah Rendah
Sila kemaskini maklumat asas sekolah dalam pendaftaran Tahun 1 2012 (online JPS pendaftaran tahun satu , admin) sehingga 29 JUN sebelum jam 5.00 petang (tindakan akan diambil jika gagal).
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Shabariah. Terima Kasih
23 Jun 2011
Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada yang berkenaan,
1) Sila dapatkan borang Takaful PSM di bahagian Muat Turun HEM.
2) Data tersebut hendaklah dihantar ke emel tpsmppdperdana@gmail.com
3) Selewat-lewatnya pada 30 Jun 2011
Harap Maklum.
21 Jun 2011
Borang Asrama 1Malaysia
Assalamualaikum
kpd yang berkenaan.
Sila dapatkan Borang Asrama 1Malaysia di pautan Muat Turun HEM
Sekian Terima Kasih..
20 Mei 2011
PENGUMUMAN - Penghantaran Data SSDM
Penghantaran Data SSDM Fasa pertama Data Januari hingga 31 Mei 2011.
Mohon kerjasama semua sekolah untuk menghantar data SSDM yang berkenaan pada atau sebelum 3 Jun 2011. (Sila rujuk surat PPD yang telah dihantar bertarikh 3 Jun 2010 untuk maklumat lanjut)
Data Januari dan Februari yang telah dihantar pada bulan mac yang lepas juga hendaklah digabungkan bersama penghantaran kali ini.
(Penghantaran Data Januari dan Februari adalah data yang URGENT untuk keperluan dan arahan KPM)

14 Mei 2011
Kursus Pengurusan Displin - Sasaran PK HEM
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tarikh : 24, 25 dan 26 Mei 2011
Tempat : Pangkor Coral Bay Resort
Kehadiran Kursus : Semua Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah menengah dan Rendah Daerah Petaling Perdana.
Surat telah berada dalam pigen hol sekolah pada mulai 12 Mei 2011.
Sila Isi dan kembalikan borang maklum balas kehadiran sebelum atau pada 19 Mei 2011 ( Khamis )
28 April 2011
Kursus Pengendalian Buku Kesihatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Harap semua GPK HEM dapat memaklumkan kepada Guru Kesihatan sekolah masing-masing bahawa PPD Petaling Perdana akan mengadakan kursus berkenaan pengendalian buku kesihatan murid. Maklumat seperti di bawah
- Tarikh: 5 Mei 2011
- Tempat: SMK Seksyen 18
- Masa: 8.00 pagi
Setiap guru kesihatan sekolah wajib hadir. Harap Maklum
15 April 2011
Program Susu 1 Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di sini ada beberapa pemberitahuan tentang Program Susu 1 Malaysia. Antaranya berkenaan dengan :
- Skop dan Spesifikasi Kontrak Susu
- Powerpoint slide berkenaan dengan susu oleh syarikat Dutch lady
- Term of Refferences (TOR) program susu 1Malaysia
Sila download maklumat-makluat berkenaan di ruangan Pekeliling Ikhtisas. Harap Maklum
03 April 2011
Makluman RMT 2011
Rancangan Makanan Tambahan
Mohon kerjasama semua sekolah yang ada RMT, sila isikan nama murid yang berkaitan dan hantar semula ke PPD dengan segera.
Sila ikut tarikh yang tercatat pada surat yang dilampirkan. Jangan ubah format borang yang dibuat.....
Sekian terima kasih.....
29 Mac 2011
Mesyuarat Guru SPBT
Perhatian...
Untuk makluman semua guru SPBT sekolah di Petaling Perdana. Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut
- Tarikh : 30 Mac 2011
- Tempat : SK Seksyen 13 Shah Alam
- Masa : 9.00 pagi
Harap Maklum.
26 Mac 2011
Masukkan Web atau Blog HEM anda Di sini
Pemberitahuan
Jika sekolah tuan puan mempunyai laman web atau blog khas utk HEM, boleh hantar URL/alamat diruangan KOMEN. Kami akan masukkan alamat web atau blog sekolah tuan puan di bahagian pautan. Sila lihat ruangan pautan: Blog HEM SKSA 16).
Ini bertujuan untuk perkongsian maklumat berkenaan dengan aktiviti serta program HEM yang dilaksanakan disekolah tuan puan. Mungkin ini akan dapat membantu serta memberi idea kepada sekolah yang lain. Terima Kasih.
25 Mac 2011
Penyelarasan KWAPM
Dengan adanya mesyuarat/bengkel di antara guru penyelaras KWAPM bersama dengan pegawai JPNS dan PPD, segala permasalahan berkenaan data dapat diselesaikan.
Di harap semua guru yang hadir dapat segala maklumat yang diberi oleh pegawai JPNS dan sampaikan kepada guru GPK HEM.
Terima kasih kepada guru-guru yg hadir pada hari ini. Juga Terima Kasih tidak terhingga kepada SK Shah Alam Seksyen 16 kerana sudi menyediakan tempat kepada semua guru
24 Mac 2011
Taklimat GPK HEM SM dan SK di dewan SMKSAAS
Taklimat GPK HEM pada sesi pagi adalah untuk HEM Sekolah Menengah manakala GPK HEM Sekolah Rendah telah diadakan di sebelah petang.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Kamal, Tuan Ahmad Normi dan Tuan Haji Jaidin berkenaan hal ssdm, kantin, kesihatan, kebersihan, keselamatan, biasiswa dan beberapa lagi maklumat berkenaan dengan HEM
Juga terima kasih kepada Puan PPD Petaling Perdana kerana sudi hadir memberi amanat kepada semua GPK HEM. Semoga informasi yang disampaikan pada hari ini dapat digunakan oleh semua GPK HEM!
23 Mac 2011
Taklimat GPK HEM
Untuk makluman GPK HEM satu taklimat akan diadakan seperti berikut:
- Tarikh : 24 Mac 2011
- Tempat: Dewan SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Masa : 8.00pg - 5.00ptg
Diharap kerjasama semua GPK HEM Petaling Perdana dapat menghadirkan diri. Terima Kasih.
22 Mac 2011
SEGERA
UNTUK MAKLUMAN SEMUA SEKOLAH DALAM PPD PETALING PERDANA
Sila hantar data SSDM versi 3 bagi bulan Januari dan Februari 2011 dengan kadar segera pada atau sebelum hari Rabu 23 MAC 2011 untuk tujuan penggabungan data daerah atas arahan KPPM.
Hantar data dalam bentuk disket atau cd beserta surat iringan untuk memudahkan urusan. Sila abaikan mesej ini jika telah menghantar data. Harap maklum.